Monday, September 30, 2013

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS


Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kera isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.



Monday, September 9, 2013

Tips Cara Menghilangkan Tahi Lalat Pada Baju

Cara Menghilangkan tahi lalat pada baju
Picture by Google

Tips Cara Menghilangkan Tahi Lalat Pada Baju, Tahi lalat atau nama saintifiknya "prompomulondokau (diberi nama oleh prof adam)" pada baju merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam, jika sudah terkena tahi lalat ini maka baju kita tetap akan kelihatan kotor walaupun sudah dicuci dengan bersih. Nah untuk itu artikel yang sedang anda baca ini berisikan cara untuk menghilangkan tahi lalat pada baju agar baju anda yang terkena tahi lalat bisa dipakai kembali.


Maaf gambar kurang menyenangkan =.='


Tips Cara Menghilangkan Tahi Lalat Pada Baju

1. Campurlah cuka kedalam setengah liter air.

2. Rendam pakaian anda yang memiliki tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendam selama semalaman.

3. Keesokan harinya cucilah dengan sabun atau detergen seperti biasa.

4. Siapkan air hangat yang telah dicampur dengan perasan limau nipis.

5. Bilas pakaian anda tadi dengan air hangat campuran limau nipis.

6. Biar pakaian itu beberapa saat di dalam air hangat campuran limau nipis.

7. Kemudian cuci kembali menggunakan sabun atau detergen.

8. Bilas menggunakan air bersih.

9. Jika tahi lalatnya masih tersisa sila ulangi langkah no 5-8 berulang-ulang sampai semua tahi lalatnya hilang. 

10. Kemudian jemurlah hingga kering.  



Cara Mencegah Tahi Lalat Muncul Pada Baju 

1. Jika sehabis melakukan aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh sebaiknya rendam atau langsung cuci baju anda, Jangan sampai dilonggok terlebih dahulu.

2. Jika anda merendam baju, jangan menunda-nunda untuk membilasnya, apa lagi sampai berhari-hari. Berbahaya, bisa-bisa ketika di angkat baju anda sudah mempunyai motif polka dot.

3. Jika baju ini ingin dipakai kembali pada besok hari, sebaiknya jemur terlebih dahulu bajunya sebelum digantung pada gantungan baju.


Sumber : tiportips

Sunday, September 8, 2013

Panji Hitam

Adakah anda benar-benar percaya bahawa campur tangan US dan sekutu mereka termasuk UK, Britain, Perancis dan PBB sendiri di Syria adalah semata-mata untuk menyelamatkan Syria dari kekejaman Rejim Tirani Basyar Assad? Alasan campurtangan ini adalah sebagai membantu 'penentang' untuk melemahkan dan 'manurunkan' Basyar dari kerusi presiden yang dipegang keturunan Assad selama hampir 50 tahun. 

Jawapannya tidak! Kerisauan mereka hanyalah pada bendera ini! Panji hitam yang akan berkibar di bumi Syam tidak lama lagi. 




Sekiranya mereka benar-benar mahu menolong rakyat, pertolongan sepatutnya telah sampai lama dahulu. Selama hampir 3 tahun mereka hanya duduk membincangkan untuk memberi bantuan. Kini bantuan telah sampai setelah Basyar sudah lumpuh!

Mungkin sekarang kita telah melihat Syria sebagai satu 'planet' yang sudah tidak layak untuk dihuni...kita hanya perlu membayangkan bahawa kemusnahan ini adalah hanya sebahagian kecil daripada kemusnahan yang akan dilakukan oleh 'para penyelamat' Syria yang baru sampai itu. Penduduk Syria akan terus menerima himpitan ini. Darah syuhada' akan terus tumpah dan membanjiri tanah mulia Syam.

Basyar semakin lemah dan semakin berada di ambang kejatuhan (semoga Allah mempercepatkan) kerana mujahidin telah menguasai hampir 80% daripada perang di Syria. Mereka tidak akan membenarkan pejuang-pejuang kebenaran ini memenangi perperangan menentang kebatilan ini dengan cepat dan seterusnya mengawal seluruh Syria.

Segalanya berlalu dengan tergesa-gesa. Dalam tempoh beberapa hari sahaja satu pengkalan ketenteraan US yang lengkap kukuh terbina di Syria. Setujukah kalau dikatakan bahawa tentera US dan sekutunya juga mungkin turut terlibat dengan serangan kimia ke atas Al-Ghouta beberapa hari lepas. Kerana sehingga sekarang tiada laporan lengkap mengenai siapa yang bertanggungjawab melancarkan serangan. Setujukah kalau dikatakan iti hanyalah helah untuk mereka mengambil peluang untuk turut bersama-sama menghancurkan Syria? Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui.

Tentera-tentera dajal ini tidak akan sekali-kali membenarkan panji hitam ini berkibar di sana. Setelah kejatuhan Basyar sudah pasti pemimpin-pemimpin yang akan dilahirkan adalah dari kalangan manusia yang cintakan syahid, manusia yang cintakan kebenaran dan manusia yang berpegang teguh kepada Islam, Al-Quran dan hadis.

Sekiranya Basyar jatuh (Basyar pasti akan jatuh-semoga Allah mempercepatkan) tentera dajjal ini sudah pasti mahukan boneka-boneka yang menggantikan anjing-anjing rejim ini terdiri daripada puak-puak sekular yang akan terus-terusan memporak-perandakan dan membuat kehancuran.

Syria bukanlah satu negara yang kaya dengan hasil bumi sebagaimana Iraq yang membuatkan mereka tertarik...tetapi kerana sebagaimana kita yang mengetahui dan meyakini bahawa kemuliaan bumi Syam telah diangkat, dan di sini akan bermulanya hari Malhamah, mereka juga mengetahuinya.

Semoga iman kita akan terus teguh bilamana ditakdirkan untuk berhadapan dengan hari yang penuh cubaan itu nanti. Semoga kita akan teguh berpegang pada kalimah Lailaha Illa Allah. Muhammadurrasulullah!


Sumber : Green Project

Saturday, September 7, 2013

Berikut 5 langkah mudah untuk jimat minyak kereta


1.Buka boot kereta dan kosongkan 
– Ini langkah mula yang cukup mudah dan penting untuk kita laksanakan. Ada orang yang suka sumbat macam-macam benda di dalam boot keretanya. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk teruskan aktiviti tersebut. Untuk jimat minyak kereta, anda mesti kurangkan beban yang dibawa oleh kereta tersebut. Jika sukar untuk kurangkan berat badan, maka kurangkanlah berat bebanan barang yang dibawa oleh kereta anda. Kotak barang, set golf, besi buruk dan lain-lain sila humbankan keluar dengan segera.








2.Jangan isi minyak penuh 
– Ya! anda lancarkan perjalanan kereta jika isi minyak separuh sahaja daru full tank. Berat akan kurangkan berat sebanyak 0.7 kilo setiap liter yang anda kurangkan. Jika kita kurangkan 10 liter, bermakna berat kereta berkurangan sebanyak 7 kilo!. Kita boleh jimat minyak kereta bila bebanan berkurangan.


3.Masukkan angin ngam dengan tayar 
– Jangan biarkan walau sedikit tayar kempis untuk jimat minyak kereta. Tayar kempis membebankan enjin untuk tarik kereta berjalan. Baca panduan pada tayar atau pada spesifikasi kereta jumlah angin yang sesuai. Anda boleh lihat pada sticker dekat frame pintu kereta untuk ketahui had angin optimum.


4.Pergi servis kereta ikut jadual 
– Jangan lupa buat tuning kereta ke tahap optimum yang sesuai setiap kali servis. Lancarkan engin dengan tukar minyak enjin. Kelancaran enjin membuatkan pembakaran optimum dan sekali gus anda boleh jimat minyak kereta. Di samping itu minyak enjin yang sesuai juga penting untuk kelancarannya. Semak dengan pakar atau pembuat kereta anda.


5.Ubah cara memandu 
– Pastikan anda tak bawa laju dengan melihat rpm sentiasa di bawah 2500 rpm. Pakai gear tinggi dengan segera tukar gear sebelum 1500 rpm. Gear tinggi menjimatkan minyak. Bila berhenti pula jangan mengejut. Selangkah demi selangkah adalah lebih baik. Ini bermakna jangan tekan minyak untuk laju bila nampak lampu orange dan terpaksa brake mengejut sebab tak lepas. Jangan main brake tanpa sebab, ini membebankan kereta, oleh itu berhati-hati dan peka banyak membantu.


Cukuplah setakat 5 petua mujarab di atas untuk jimat minyak kereta. Jika anda amalkannya insyallah boleh jimat minyak kereta sehingga ke tahap 30%….tak percaya???